1.0
OBJEKTIF
Tujuan artikel ini adalah untuk memberi
informasi ringkas namun penting kepada pihak yang berkenaan tentang penggunaan
radio komunikasi (atau dipanggil ‘walkie-talkie’) di dalam SRS / KRT di kawasan
yang berkenaan.
2.0
LATARBELAKANG
Komunikasi adalah salah satu
perkara wajib yang kita lakukan saban hari. Ianya pengubat kepada banyak
permasalahan antara manusia. Kita sentiasa menggunakan telefon untuk bercakap
dengan seseorang yang berada di lokasi lain. Alangkah baiknya jika kita tidak
perlu berbelanja untuk berhubung dengan seseorang?
Di dalam soal keselamatan,
komunikasi yang segera dan cekap adalah sangat penting. Setiap saat yang
berlalu pada masa kecemasan, jika dimanfaatkan dengan berkesan boleh
menyelamatkan nyawa serta harta benda.
3.0. PENGENALAN TENTANG KOMUNIKASI DUA HALA
Sistem komunikasi dua hala
sebenarnya berlaku setiap hari. Penggunaan telefon sebagai contoh, adalah satu
cara berkomunikasi dua hala. Cuma, ianya berbayar. Setiap panggilan telefon
kebiasaannya akan dicaj penyedia perkhidmatan.
Penggunaan alatan yang lebih
dikenali dengan nama jolokan ‘walkie-talkie’ adalah sangat praktikal bagi ahli SRS / KRT.
Ianya murah bila dilihat untuk jangka panjang. Setiap perbualan tidak dicaj dan
yang paling penting, hubungan komunikasi itu berlaku sepantas kilat dengan
tiada masa menunggu.
Beberapa pulangan yang dijangka
bakal diperolehi adalah seperti berikut:
- Pengetahuan dalam asas frekuensi di dalam komunikasi kepada ahli
- Perkongsian maklumat di antara ahli SRS / KRT serta masyarakat sekeliling yang berlaku dengan lebih efektif.
- Pengendalian komunikasi yang lebih efisyen pada sebarang acara atau ketika waktu kecemasan dan bencana.
- Satu ‘panggilan’ boleh menghubungkan ke semua alatan radio yang lain (yang berdekatan & berkongsi frekuensi yang sama) secara serentak jadi maklumat disampaikan ke ramai orang dalam satu-satu masa.
5.0 CONTOH
SENARIO KEJADIAN KECURIAN
Rumah Pak Ahmad
dimasuki pencuri. Pak Ahmad menyedarinya tetapi pencuri sempat melarikan diri. Pak Ahmad merupakan salah seorang ahli SRS / KRT di kawasan kejiranan beliau.
Pak Ahmad lantas menyebarkan perkara kecurian ini menggunakan alat radionya dan maklumat ini
terus diketahui oleh semua ahli lain yang mempunyai alat radio masing-masing
secara serentak. Dengan ini, secara cepat mereka boleh menghalang setiap laluan
keluar di kawasan tersebut atau bersedia di tempat strategik untuk cuba
menangkap pencuri tadi.
Bayangkan
komunikasi ini berlaku sangat pantas, dan penggunaan telefon bimbit pada ketika
ini mungkin akan merugikan masa kerana kelewatannya untuk menyebarkan maklumat
kepada seorang demi seorang. Kelewatan bermakna pencuri tadi dapat melarikan
diri.
Tidak dapat dinafikan, penggunaan
alatan radio ini sangat penting dalam kelancaran penyampaian dan penyebaran
maklumat kritikal kepada semua ahli SRS / KRT. Maklumat yang pantas mampu
menyelesaikan perkara dalam hal kecemasan dan keselamatan.
Kekuatan komunikasi di kalangan
ahli SRS / KRT juga secara tidak langsung mampu menggerunkan individu yang
berniat untuk melakukan jenayah di dalam kawasan terlibat. Ini boleh menghalang
atau setidak-tidaknya mengurangkan jenayah itu dari terus berlaku.
Kini, anda tahu kepentingan alatan ini dalam kejiranan anda sendiri. Anda juga kini tahu alatan tersebut boleh di dapati dari kami. Hubungi kami untuk maklumat lanjut. Nombor kami ada tertera di laman ini.
Hakcipta RadioMeal.Com - salinan dan penerbitan semula dalam apa cara sekalipun adalah tidak dibenarkan jika tanpa kebenaran bertulis dari pihak kami.