10 November 2011

Penggunaan radio "Walkie-Talkie" di dalam SRS / KRT untuk pemantauan kejiranan


1.0         OBJEKTIF

Tujuan artikel ini adalah untuk memberi informasi ringkas namun penting kepada pihak yang berkenaan tentang penggunaan radio komunikasi (atau dipanggil ‘walkie-talkie’) di dalam SRS / KRT di kawasan yang berkenaan.

2.0         LATARBELAKANG

Komunikasi adalah salah satu perkara wajib yang kita lakukan saban hari. Ianya pengubat kepada banyak permasalahan antara manusia. Kita sentiasa menggunakan telefon untuk bercakap dengan seseorang yang berada di lokasi lain. Alangkah baiknya jika kita tidak perlu berbelanja untuk berhubung dengan seseorang?

Di dalam soal keselamatan, komunikasi yang segera dan cekap adalah sangat penting. Setiap saat yang berlalu pada masa kecemasan, jika dimanfaatkan dengan berkesan boleh menyelamatkan nyawa serta harta benda.

3.0.   PENGENALAN TENTANG KOMUNIKASI DUA HALA

Sistem komunikasi dua hala sebenarnya berlaku setiap hari. Penggunaan telefon sebagai contoh, adalah satu cara berkomunikasi dua hala. Cuma, ianya berbayar. Setiap panggilan telefon kebiasaannya akan dicaj penyedia perkhidmatan.

Penggunaan alatan yang lebih dikenali dengan nama jolokan ‘walkie-talkie’ adalah sangat praktikal bagi ahli SRS / KRT. Ianya murah bila dilihat untuk jangka panjang. Setiap perbualan tidak dicaj dan yang paling penting, hubungan komunikasi itu berlaku sepantas kilat dengan tiada masa menunggu.


4.0.   FAEDAH

Beberapa pulangan yang dijangka bakal diperolehi adalah seperti berikut:
  • Pengetahuan dalam asas frekuensi di dalam komunikasi kepada ahli
  • Perkongsian maklumat di antara ahli SRS / KRT serta masyarakat sekeliling yang berlaku dengan lebih efektif.
  • Pengendalian komunikasi yang lebih efisyen pada sebarang acara atau ketika waktu kecemasan dan bencana.
  • Satu ‘panggilan’ boleh menghubungkan ke semua alatan radio yang lain (yang berdekatan & berkongsi frekuensi yang sama) secara serentak jadi maklumat disampaikan ke ramai orang dalam satu-satu masa.

5.0    CONTOH SENARIO KEJADIAN KECURIAN

Rumah Pak Ahmad dimasuki pencuri. Pak Ahmad menyedarinya tetapi pencuri sempat melarikan diri. Pak Ahmad merupakan salah seorang ahli SRS / KRT di kawasan kejiranan beliau.

Pak Ahmad lantas menyebarkan perkara kecurian ini menggunakan alat radionya dan maklumat ini terus diketahui oleh semua ahli lain yang mempunyai alat radio masing-masing secara serentak. Dengan ini, secara cepat mereka boleh menghalang setiap laluan keluar di kawasan tersebut atau bersedia di tempat strategik untuk cuba menangkap pencuri tadi.

Bayangkan komunikasi ini berlaku sangat pantas, dan penggunaan telefon bimbit pada ketika ini mungkin akan merugikan masa kerana kelewatannya untuk menyebarkan maklumat kepada seorang demi seorang. Kelewatan bermakna pencuri tadi dapat melarikan diri.


6.0    KESIMPULAN

Tidak dapat dinafikan, penggunaan alatan radio ini sangat penting dalam kelancaran penyampaian dan penyebaran maklumat kritikal kepada semua ahli SRS / KRT. Maklumat yang pantas mampu menyelesaikan perkara dalam hal kecemasan dan keselamatan.

Kekuatan komunikasi di kalangan ahli SRS / KRT juga secara tidak langsung mampu menggerunkan individu yang berniat untuk melakukan jenayah di dalam kawasan terlibat. Ini boleh menghalang atau setidak-tidaknya mengurangkan jenayah itu dari terus berlaku.

Kini, anda tahu kepentingan alatan ini dalam kejiranan anda sendiri. Anda juga kini tahu alatan tersebut boleh di dapati dari kami. Hubungi kami untuk maklumat lanjut. Nombor kami ada tertera di laman ini. 

Hakcipta RadioMeal.Com - salinan dan penerbitan semula dalam apa cara sekalipun adalah tidak dibenarkan jika tanpa kebenaran bertulis dari pihak kami.