21 January 2012

New 2012 el-cheapo Handheld Ronson RT966


I got quite a number of inquiries from individuals on a lower priced handy. Some of them could not afford to get those fancy high-end walkie-talkies for their beginner status. Some of them just need a radio for monitoring purposes only.



This is a new product from Ronson, that might be interesting to these people. It is fully functional with all the basic radio should have, and most importantly, you can get it as low as RM290.00 per piece.

Click here to know more.

11 January 2012

Soalan Lazim - "Berapa jauh walkie-talkie boleh 'cakap' (berkomunikasi)?"

Bagi saya yang dah beberapa tahun berkecimpung dengan bidang komunikasi amatur ni, dan juga berniaga dalam bidang ni secara kecil-kecilan, saya sering ditanya dengan soalan ini, "bang, walkie-talkie ni, berapa jauh boleh cakap?". Saya yakin, kawan-kawan lain pun mesti pernah dengar atau pernah tanya soalan yang sama.

Pada pengamatan saya, orang yang bertanya begini, kebiasaannya masih baru dalam bidang ini. Atau baru nak mengenal tentang komunikasi radio dua hala ni. Apa yang boleh kita jawab jika ditanya sebegini? Cakap je "dalam 5 kilometer boleh la" macam tu? Kalau nak senang, itu je jawapan dia, tapi dari segi etika, saya kurang bersetuju kalau nak jawab macam tu.

Bagi saya, tiada jawapan yang 'definitive' untuk isu ini. Pun begitu, saya rasa sedikit terganggu bila sesetengah orang yang biasanya penjual alatan ini dengan sewenang-wenangnya memberi jawapan seperti itu bila mempromosi alatan radionya.

"Walkie talkies for sale. 5 kilometers range!" Macam tu lah lebih kurang kalau kita tengok dalam laman popular macam mudah.my. Kurang-kurang pun, beritau la anggaran dalam 2-5 kilomter ke, nampak la legit sikit, ni sedap jek tulis '5 kilometers' gitu. Tak berapa jujur pada hemat saya. Tengok contoh di bawah ini saya ambil dari mudah.my (credit to them).



Jadi, kalau ia ditanya kepada saya, saya akan beri jawapan yang terbuka, tapi kadangkala tidak memuaskan hati yang mendengar, nak pulak orang yang berminat untuk membeli dari saya. Saya cuba untuk jujur, tapi pahit untuk diaorang telan kadang-kadang...

Bakal pelanggan : "Berapa jauh boleh cakap ni?"
Saya : "Bergantung pada banyak keadaan"
Bakal pelanggan : "5 kilometer boleh sampai tak?"
Saya : "Dengan situasi yang betul, boleh sampai lebih dari itu. Encik nak guna untuk apa?"
Bakal pelanggan : "Untuk radio amatur"
Saya : "Oh kalau radio amatur, encik boleh cakap sampai ke Thailand"
Bakal pelanggan : "Biar betul! Itu dah berapa ratus kilometer!!"
Saya : "Ya betul tu, tapi macam saya kata tadi, dalam situasi yang betul, boleh pergi sejauh tu"

Inilah lebih kurang yang selalu saya hadapi bila dapat panggilan dari orang yang berminat, serta baru nak belajar tentang komunikasi radio.


Contoh penggunaan repeater yang mampu meningkatkan 'kejauhan pemancaran' dengan sangat ketara.


Apa yang saya maksudkan dengan "dengan situasi yang betul" tu? Banyak faktor sebenarnya, antara contoh ialah, faktor kedudukan altitud (ketinggian) pemancar dan penerima, faktor gangguan komunikasi, faktor kekangan macam adanya sebuah bangunan di antara dua pengguna ini. Itu tak masuk lagi bab-bab lain. Tapi inilah realitinya, dan ini juga 'beauty' dalam komunikasi radio ni. Sekiranya hari ini kita boleh memancar sejauh 20km, tak semestinya esok pun boleh menjangkau sejauh itu. Itulah sebabnya dalam dunia radio amatur, antara takrifan "apa itu radio amatur" ada disebut tentang ujikaji. Menguji dan mengkaji alatan radio dan penggunaannya. Itulah 'kecantikannya'!

Banyak sangat kalau nak dibaca dari sumber internet tentang ini, dan kebanyakannya dalam bahasa inggeris. Cubalah semak-semak, ada jawapan dalam tu. Kadang-kadang sampai tak terbaca sebab tak tau mana nak mula. Wallahu'alam.